Servis Dan Tayar Ikhsan

Servis Dan Tayar Ikhsan

Wednesday, January 1, 2014

Pemasangan Peralatan Bengkel Kedai Tayar

Alhamdulillah,  tanggal 30hb Disember 2013, peralatan dan mesin mesin bengkel kedai tayar Ikhsan telah mula dimuat turun dan akan mula dipasang pada hari Khamis 2hb Januari 2014. Hari ini jatuh bersamaan dengan hari lahir saya.

Mesin mesin akan dipasang oleh pembekal Aery Tyre Motorsports yang berpengalaman luas dalam bidang ini.

Semua tayar adalah dari barisan jenama yang terkenal di Malaysia. Begitu juga minyak pelincir utama dan ternama yang sesuai dengan iklim tropika dan seterusnya kantung anda.

Peringkat berikutnya adalah khidmat baikpulih kereta anda. Perkhidmatan ini yang dibuat ditapak luar akan dikendalikan bekas juruteknik tentera udara dan jabatan pengangkutan jalan yang merupakan teraju utama kelab motosikal klasik sekitar asia tenggara dan pelopor dan fasilitator kumpulan scrambler suzuki TS seluruh dunia.

Temui kami. Kami Memacu Anda.

1 comment: